PROFIL GANJA
Ganja atau
Marijuana adalah sejenis tumbuhan yg dikenali sebagai Cannabis Sativa. Tumbuhan
ini hanya bersesuaian dengan cuaca Tropika. Di Malaysia, Ganja diseludup secara
haram dari Negara jiran.
BAGAIMANA IA DIGUNAKAN
Ganja
merupakan dadah paling kerap disalahgunakan. Bunga dan pucuk Ganja yg telah
dikeringkan dijual secara haram dipasaran gelap.Terdapat berbagai cara
digunakan, asapnya dihisap seperti rokok, bersama tembakau dan daun nipah atau
bersama tembakau dan paip. Ia juga digunakan dgn menggunakan “Dapur”, “Pipon”
atau “Bong” yg menggunakan peralatan botol diisikan separuh air (seperti alat
menghisap SHISHA), bahan ganja bercampur tembakau diletakkan kedalam “culing”,
dibakar dan dihisap asap yg keluar melalui air.
FAKTA SAINS
Ganja
mengandungi bahan kimia Cannabinoids, kimia yg menghasilkan kesan psikoaktif
atau khayal ialah THC atau Delta9 Tetra-Hydro-Cannabinol. Mengguna Ganja
menyebabkan reaksi kimia THC yang meresap kedalam darah dan apabila sampai
keotak, merubah cara otak memproses maklumat, merangsang emosi, sensori
pendengaran dan deria rasa.
Struktur
neuron kimia THC adalah amat menyerupai struktur kimia neutrotransmitter
semulajadi yang terdapat didalam sel otak. Apabila bahan THC masuk ke sel otak
ia menyebabkan sel otak terkeliru dan meransang dopamine secara berlebihan
(sehiingga 2 ke 10 kali ganda) daripada biasa. Rangsangan terhadap dopamine
berlebihan ini menyebabkan pengguna merasakan perasaan/ emosi teruja, tenang
atau ceria berlebihan drpd biasa.
Menggunakan
Ganja secara berterusan akan menyebabkan neutrotransmitter sel otak bergantung
kepada THC bagi mendapatkan rangsangan ia juga akan meningkatkan dos tambahan
bagi mendapatkan khayal serta mengakibatkan pergantungan psikologi dan emosi.
PENAGIHAN
Pengguna Ganja
adalah yg paling ramai dikalangan pengguna Dadah, kebiasaannya ia menjadikan
bermulanya penagihan (Gateway to Addiction) Penagihan Ganja tidak kelihatan
banyak perbezaannya daripada orang biasa.
TANDA TANDA
Diantara
tanda pengguaan Ganja ialah tingkahlaku mereka kelihatan agak berbeza daripada
biasa. Antara tanda yang ketara ; berlebihan kelihatan tenang, asyik atau
ceria, mata layu, merah menyala, benyak bercakap daripada biasa, mengelak drpd
bertentangan mata, bercakap dgn nada suara yg kuat, berlebihan emosi, gembira
atau sedih, melakukan sesuatu dengan tumpuan terlalu asyik, mendengar music dgn
kuat, mudah lupa jangka dekat, selera makan berlebihan dan mengantuk selepas
kesan khayal berkurangan.
KESAN KESAN
Ketagihan
Ganja tidak seteruk spt dadah heroin, methamphetamine, ice,atau dadah kimia yg
kesannya lebih serius. Antara kesan ketagihan ; selalunya mereka beremosi tidak
stabil, murung, sering marah, kurang selera makan dan kelihatan tidak bermaya.
Kesan sampingan lain termasuk pelupa jangka dekat, lembab dan lemah dalam
menyelesaikan masaalah. Bagi yg lebih serius pula persepsi menjadi keliru,
hilang kordinasi, mudah panic dan mengakibatkan GILA.
No comments:
Post a Comment