Wednesday, January 30, 2013

PROFIL GANJA


PROFIL GANJA

 

Ganja atau Marijuana adalah sejenis tumbuhan yg dikenali sebagai Cannabis Sativa. Tumbuhan ini hanya bersesuaian dengan cuaca Tropika. Di Malaysia, Ganja diseludup secara haram dari Negara jiran.

 

BAGAIMANA IA DIGUNAKAN

 

Ganja merupakan dadah paling kerap disalahgunakan. Bunga dan pucuk Ganja yg telah dikeringkan dijual secara haram dipasaran gelap.Terdapat berbagai cara digunakan, asapnya dihisap seperti rokok, bersama tembakau dan daun nipah atau bersama tembakau dan paip. Ia juga digunakan dgn menggunakan “Dapur”, “Pipon” atau “Bong” yg menggunakan peralatan botol diisikan separuh air (seperti alat menghisap SHISHA), bahan ganja bercampur tembakau diletakkan kedalam “culing”, dibakar dan dihisap asap yg keluar melalui air.

 

FAKTA SAINS

 

Ganja mengandungi bahan kimia Cannabinoids, kimia yg menghasilkan kesan psikoaktif atau khayal ialah THC atau Delta9 Tetra-Hydro-Cannabinol. Mengguna Ganja menyebabkan reaksi kimia THC yang meresap kedalam darah dan apabila sampai keotak, merubah cara otak memproses maklumat, merangsang emosi, sensori pendengaran dan deria rasa.

 

Struktur neuron kimia THC adalah amat menyerupai struktur kimia neutrotransmitter semulajadi yang terdapat didalam sel otak. Apabila bahan THC masuk ke sel otak ia menyebabkan sel otak terkeliru dan meransang dopamine secara berlebihan (sehiingga 2 ke 10 kali ganda) daripada biasa. Rangsangan terhadap dopamine berlebihan ini menyebabkan pengguna merasakan perasaan/ emosi teruja, tenang atau ceria berlebihan drpd biasa.

 

Menggunakan Ganja secara berterusan akan menyebabkan neutrotransmitter sel otak bergantung kepada THC bagi mendapatkan rangsangan ia juga akan meningkatkan dos tambahan bagi mendapatkan khayal serta mengakibatkan pergantungan psikologi dan emosi.

 

PENAGIHAN

 

Pengguna Ganja adalah yg paling ramai dikalangan pengguna Dadah, kebiasaannya ia menjadikan bermulanya penagihan (Gateway to Addiction) Penagihan Ganja tidak kelihatan banyak perbezaannya daripada orang biasa.

 

TANDA TANDA

 

Diantara tanda pengguaan Ganja ialah tingkahlaku mereka kelihatan agak berbeza daripada biasa. Antara tanda yang ketara ; berlebihan kelihatan tenang, asyik atau ceria, mata layu, merah menyala, benyak bercakap daripada biasa, mengelak drpd bertentangan mata, bercakap dgn nada suara yg kuat, berlebihan emosi, gembira atau sedih, melakukan sesuatu dengan tumpuan terlalu asyik, mendengar music dgn kuat, mudah lupa jangka dekat, selera makan berlebihan dan mengantuk selepas kesan khayal berkurangan.

 

KESAN KESAN

 

Ketagihan Ganja tidak seteruk spt dadah heroin, methamphetamine, ice,atau dadah kimia yg kesannya lebih serius. Antara kesan ketagihan ; selalunya mereka beremosi tidak stabil, murung, sering marah, kurang selera makan dan kelihatan tidak bermaya. Kesan sampingan lain termasuk pelupa jangka dekat, lembab dan lemah dalam menyelesaikan masaalah. Bagi yg lebih serius pula persepsi menjadi keliru, hilang kordinasi, mudah panic dan mengakibatkan GILA.