Saturday, October 6, 2012

PROFIL HEROIN


PROFIL HEROIN

Heroin adalah dadah narkotik yg dihasilkan melalui proses abstrak drpd Morfin. Ia berbentuk ketulan-ketulan kecil, kebiasaannya berwarna unggu, coklat, merah jambu, putih, kelabu, oren dan kuning karat menandakan kawasan yang dikuasai oleh sesebuah sindiket pengedaran itu . Heroin juga dikenali atau dipanggil Fit, Ubat, Brown, Pek hoon, Pak ei, minyak, tepung dan lain-lain.

Narkotik adalah dadah yang dihasilkan daripada candu, sama seperti Morfin dan kodein yg digunakan untuk tujuan perubatan dalam mengurangkan kesakitan. Heroin juga seperti dadah narkotik lain apabila digunakan secara berterusan bagi jangkamasa panjang akan mengakibatkan kesan kebergantungan dan penagihan yang kronik. Undang-undang di Malaysia mengharamkan memiliki atau menggunakan dadah heroin.

 

FAKTA SAINTIFIK

Getah dari bunga candu dimasak hingga menjadi candu mentah, kemudian diproses menjadi Morfin dan seterusnya Heroin. Struktur molekul Heroin adalah menyerupai endorphin semulajadi yang terdapat didalam sel otak, ia akan mengelirukan sel-sel otak yang bertindak dan mengeluarkan endorphin semulajadi. Pengeluaran endorphin dalam kuatiti yang banyak akan mengurangkan sensasi kesakitan, mengakibatkan merasa teruja dan tenang. Pengambilan dadah Heroin secara berlebihan boleh mengakibatkan kematian secara mengejut (Overdose).

 

Terdapat juga heroin dalam bentuk sintetik (tiruan) termasuk ; Methadone, dihydrocodeine (DF118/painkiller),penthidine dan temesgesic. Dadah ini juga menghasilkan kesan serta penagihan yang sama seperti Heroin. Menggunakan dadah jenis sintetik ini juga akan mengakibatkan penagihan yang kronik, kesan penagihannya adalah lebih teruk dan tinggi berbanding dadah Heroin sebenar.

 

KESAN DAN AKIBAT

Apabila Heroin masuk kedalam darah dan otak ia akan mendatangkan kesan, sensasi kebas, perasaan teruja,merasa tenamg dan selesa.Diambil pada kadar dos yang sederhana, ia akan mengakibatkan perasaan cergas dan bertenaga. Diambil dengan dos yg tinggi (bergantung kepada tahap toleransi individu) akan mengakibatkan perasaan terlalu selesa dan menjadi mengantuk. Kebiasaannya kesan dadah ini akan berlarutan antara 4 ke 8 jam. Pengambilan dos secara berlebihan akan mengakibatkan menjadi tidak sedar, koma dan maut.

 

Apabila seorg penagih tidak mendapat heroin (4 ke 8 jam drpd pengambilan terakhir) tubuh badan akan merasakan symptom ketagihan/gian yang teruk. Penagih Heroin akan melalui kesakitan dan penderitaan fizikal dan psikologi yang teruk. Bermula dengan sering menguap, kerap bersin diikuti dengan bulu roma menjadi meremang, seram sejuk dan mata berair. Merasakan mual dan muntah, kegatalan tekak, kejang dan sakit perut, cirit birit, kesakitan sengal disendi, kegelian dalam tulang belakang dan kaki,kekejangan otot tidak terkawal. Merasakan amat tidak selesa, sekejap panas dan sekejap sekejap sejuk, merasa amat lesu, pemikiran bercelaru, tidak menentu, keliru, mudah marah, halusinasi serta susah untuk tidur dan hilang selera makan. Kebiasaannya kesan ketagihan ini berlarutan antara 3 hingga 7 hari dan kesakitan tersebut kian mengurang. Pada peringkat awalnya, ke semua kesakitan tersebut dating dengan serentak, ini yang membuatkan penagih Heroin menanggung penderitaan yang amat sangat hinggakan mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk menghilangkan ketagihan/gian tersebut.

 

Kesan jangka panjang termasuk, penurunan berat badan/kurus, hilang ingatan (jangka dekat), kerosakan urat (bagi yg menggunakan jarum suntikan) buasir kronik, penyakit kulit dan jangkitan bacteria dan virus (jangkitan TB,Hepatitis & HIV/AIDS). Kebanyakan penagih Heroin juga mengalami kesan panjang dari segi psikologi.

 

 

TANDA-TANDA

Kebanyakan penagih Heroin tegar mudah dikenalpasti melalui penampilan mereka yang tidak kemas dan terurus. Berpakaian selekeh, fizikal yang kurus, kulit badan yang kering dan pucat, Mata merah layu dan retina membesar.

Tanda fizikal termasuk kesan suntikan, jari atau tangan kesan terbakar, mata yg selalu merah dan layu, tubuh badan yg ketara kurus.

Tanda tingkah laku; kelihatan khayal, mengantuk, tergaru-garu, kerap dan banyak merokok, mengasingkan diri dan mengelak dari pergaulan keluarga atau sosial. Sering bersama kumpulan atau kawan yg menggunakan dadah atau berada dikawasan sarang penagih dan selalu memerlukan wang.

Barangan, peralatan dan kelengkapan seperti; tiub straw kecil atau paket plastic yg mengandungi bahan ketulan kecil atau serbuk. Kertas timah rokok yg terbakar, aluminium foil, kesan terbakar di bucu atau tepi meja atau sinki dalam bilik air, pada perabut atau kesan terbakar bawah penutup botol serta jarum suntikan.